MIMIK MUKA AKU PADA SAAT INI..:(
Awat entah asew cam berat je nk p kl esk mlm,,,,huhu..sebak jew asew.. asew cam xnak pg pun ada..huhu...nape ni Fizah ? ape masalah kau ? hari tu bukan main nak pg sambung belajar cepat2.. skarang asew cam xnak pg da plk.. awat nie ?? waduh.. gawat bangat.. maybe sebab dah lame terperap di rumah kot.. so asew cam xnak tinggalkan semuanya.. huhu.. dah lah pg ni mama x hantar huhu.. i need her more but how can i do ?? adk aku plk nak exam.. percubaan spm..hurmm nasib aku lah kot .. time nk pg u adk plak ad exam.. ak pg ngn abh jew lah kl naty..maybe tu kot salah satu faktor aku sedih .. mama x hantar aku sekali...ape nak buat...Redha je lah kan..
. Hrap semuanya akan ok and berjalan dgn lancar..semoga pinjaman aku diluluskn.. cakap pasal pinjaman mara... hurmm kna buat karangan kot .. 300 patah perkataan weii.. and inilah hasilnya !!!
TGK LAH !!! HEHEHE..
KARANGAN MENGENAI PERIHAL DIRI, PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA
Saya Nur Hafizah Binti Iskandar Zulkarnain,berumur 19 tahun. Saya lahir pada 7 Disember 1994 di Hospital Kajang, Selangor. Saya merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Saya memasuki Darjah satu di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa, Kelantan. Apabila memasuki darjah dua saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Demit dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3. Saya meneruskan pengajian saya di peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 sehingga darjah enam.
Kemudian, saya melanjutkan pengajian saya di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan sehingga tingkatan 5. Di sekolah dahulu prestasi akademik saya biasa sahaja tetapi saya amat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Saya merupakan pengerusi badan beruniform Pengakap 43. Alhamdulilah, kini saya mendapat pangkat sebagai Pengakap Diraja dan keputusan saya miliki semasa Sijil Pelajaran Malaysia agak memuaskan.
Selepas tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) selama setahun dan mendapat keputusan agak baik. Sekarang saya ingin melanjutkan pelajaran saya di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute,(UNIKL BMI) dalam bidang ijazah Kejuruteraan Elektrik. Saya ingin menjadi seorang jurutera yang dapat berfikir luar kotak agak dapat berbakti kepada agama, masyarakat, dan negara. Saya juga ingin menjadi seorang anak yang baik, berdikari dan tidak menyusahkan ibubapa. Saya berharap sepanjang pengajian saya di UNIKL dapat mengasah bakat dan pengetahuan saya dalam bidang kerujuteraan supaya saya dapat menjalankan tugas sebagai jurutera dengan baik.
Sekiranya saya dapat menamatkan pengajian saya di UNIKL dengan baik, saya kemudiannya akan mencuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang saya belajar di UNIKL. Saya ingin mencari pengalaman berkerja disamping menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini. Saya juga berharap saya dapat menjadi seorang jurutera yang amanah, jujur, dan bijak dalam menyelesaikan masalah suatu hari nanti.
Sekian sahaja serba sedikit perihal diri saya dan juga perancangan kerjaya yang ingin saya lakukan.
panjang giler kan ?? haha .. ni pun ada yang copy ayat org serba sedikit.. muahahaha.. maklum lah lama dah x buat karangan.. last tulis karangan time SPM hari tu lah.. huhu.. teruk ngat lah pom..hehehe.. so what ?? ada saya kisah..hahaha
Well .. of course i will me my mama and abah so much when i was there.. huhu.. hati kuat lah ...
ok lah.. pe2 pun harap semuanya berjalan dgn lancar lah.. semoga semuanya baik2 sahaja n diredhai olehNya.. amin.. huhu..
SEM BARU AZAM BARU STRATEGI BARU SEMANGAT BARU FIZAH YANG BARU..
YEAHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!! :)

.jpg)

.jpg)
.jpg)